banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 1 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-005

Dollar CAD memacu naik lebih 130 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.2130, sebelum menutup lebih tinggi pada sekitar paras 1.2075;┬áselepas data “unemployment clains” AS dan angka GDP Kanada diterbitkan. Ekonomi Kanada tidak menunjukkan sebarang pertumbuhan dan kekal pada sifar. Dollar AS yang memerlukan beberapa berita baik, mendapat tujahan dari tuntutan pengangguran yang jauh lebih baik pada 262 ribu tuntutan baru, berbanding 290 ribu jangkaan dan 295 ribu pada sebelumnya.

Dollar AS menunggang gelombang yang bermula dengan kenyataan FOMC awal pagi Khamis semalam. Walaupun data GDP yang lemah itu bukanlah sokongan untuk memacu Dollar, ia juga tidaklah memberi isyarat bahawa Federal Reserve AS akan mengenepikan kenaikan “interest rate” pada akhir tahun ini. Ianya kini adalah persoalan masa yang bergantung kepada data ekonomi semasa.

Di Kanada, GDP dijangka menguncup pada -0.1% disebabkan oleh penurunan harga minyak. Kejutan positif ialah apabila perkhidmatan runcit dan kewangan dapat mengimbangi harga minyak mentah yang lebih rendah, tetapi tidak cukup untuk membuatkan pasaran teruja dan data “unemployment claims” AS menyediakan hala tuju yang lebih kukuh.

Ekonomi Kanada menuju ke suku pertama yang lemah seperti yang telah diramalkan oleh Bank Kanada sebelum ini. Dengan industri carigali minyak yang berada di bawah tekanan untuk terus mengurangkan pekerja, selepas pendapatan yang menyusut terkesan dari harga yang lebih rendah; eksport lain masih belum berani mengambil langkah ke hadapan untuk mengisi kekosongan itu.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register