Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 1 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010

Dollar CAD yang memacu naik lebih 115 pips untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3325 sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Isnin semalam, jatuh merudum lebih 200 pips sepanjang sesi New York dan menutup sekitar 1.3140; setelah harga minyak mentah terus memacu naik untuk hari ketiga berturut-turut, membantu sokongan belian untuk “loonie”.

Sebelum daripada itu di pasaran AS, beberapa bulan tambahan pekerjaan yang kukuh telah mengurangkan kadar pengangguran kepada 5.3%, paras terendah sejak April 2008. Ahli Feds Fischer berkata “kami kini menunggu keputusan kajian pekerjaan Ogos, yang dijadualkan akan diterbitkan pada September 4.” Ahli ekonomi meramalkan kenaikan sebanyak 220 ribu untuk bulan Ogos, meningkat daripada kenaikan purata 211 ribu setakat tahun ini.

telegram-moshed

telegram-moshed

Namun inflasi, yang diukur dengan kayu ukur pilihan Feds, telah berada di bawah sasaran lebih daripada tiga tahun. Tekanan harga di Amerika Syarikat meningkat 0.3% dalam tempoh 12 bulan hingga Julai lalu, terkesan dari penurunan harga minyak dan dolar AS yang lebih kukuh.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register