banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 10 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007

Dollar CAD menutup lebih tinggi Khamis semalam, sekitar 1.2575 dalam dagangan bercampur-campur dengan paras tertinggi sekitar 1.2615 dan terendah sekitar 1.2510; dan meletakkan kadar tukaran USD|CAD untuk berada di atas pivot hari ini, sekitar 1.2565 ketika artikel ini ditulis.  Dollar CAD yang telah meningkat 4 hari berturut-turut, kini berdepan dengan resistance di ’21 days moving average’ – 1.2600 – dan pivot bulanan – 1.2640

Di pasaran Kanada, “building permits” dilaporkan meleset dari jangkaan, pada -0.9% berbanding 5% walaupun data sebelumnya dikemaskini kepada lebih baik. Pengurangan permit bangunan yang akan dibina ini, menunjukkan aktiviti ekonomi yang semakin menguncup, terkesan dari kejatuhan harga minyak mentah yang merupakan antara eksport terbesar Kanada.

Di pasaran komoditi pula, minyak mentah berada dalam dagangan ‘ranging’ Khamis semalam, dari paras tertinggi sekitar $52.05 ke serendah sekitar $50.50; sebelum menutup dibawah pivot hari ini, sekitar $51.10  Hari ini dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari Amerika Syarikat, “loonie” dilihat berpotensi untuk kembali menguasai pasaran, terutamanya dengan data “housing starts” Kanada yang dijangka meningat dari 156 ribu kepada 175 ribu dan data pasaran buruh yang dijangka stabil.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register