728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 10 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-004Dollar CAD yang membuat paras tertinggi yang baru untuk tahun ini seawal sesi Asia sekitar 1.1500 terus jatuh apabila permintaan terhadap Dollar mula melemah dengan kadar tukaran USD|CAD menjunam hampir 100 mata sekitar 1.1400 pada sesi penutupan London.  Data ekonomi global yang tidak memberangsangkan dan kejatuhan terus menerus harga minyak mentah mempengaruhi permintaan untuk “loonie” yang berasaskan komoditi.

Data import dan eksport China yang mengecewakan para pelabur, terus menyaksikan kejatuhan nilai matawang berasaskan komoditi seperti CAD, AUD dan NZD.  Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada sehingga Selasa minggu depan, pasaran masih memberi tumpuan pada sentimen umum dalam menganalisa arah pasaran selanjutnya.  Pasaran hadapan untuk “loonie” juga masih “bearish” dengan kontrak March 2015 didagangkan sekitar 0.8730 berbanding 0.8750 untuk Disember 2014 pada sesi penutupan London.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register