728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 10 Mei 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 10 Mei 2016

Dollar CAD terus memacu naik Isnin semalam, lebih 105 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3015 sebelum menutup sekitar paras C$1.2963; setelah Dollar AS terus mendapat permintaan, terkesan dari komen beberapa Presiden Feds cawangan yang kembali menghidupkan spekulasi kenaikan kadar pada Jun ini.  Pada masa yang sama, kejatuhan harga minyak semalam terus memberati Loonie.

Harga minyak masih kekal tinggi tetapi punca kejatuhan semalam adalah kegiatan mengambil untung. Pengeluaran yang lebih rendah dan aliran bekalan dari Kanada yang terhenti, membuatkan pasaran menilai semula risiko. Ianya jelas bahawa kebakaran itu akan memberi kesan ekonomi yang besar. Pengeluar minyak syal yang beroperasi di kawasan itu, walaupun tidak diancam secara langsung dari api, telah mula ditutup sebagai langkah berjaga-jaga dan membuat persediaan khemah bagi pekerja mereka yang terlibat.

Kebakaran tersebut berpotensi menjadi bencana alam terbesar dalam sejarah Kanada, sekurang-kurangnya dari segi kos kepada syarikat-syarikat insurans, dengan sesetengah anggaran kerugian mencapai setinggi $9 bilion. Kebakaran itu telah menutup sejuta tong pengeluaran minyak Kanada setiap hari, cukup untuk membuat KDNK Kanada terjejas.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Kanada mahupun AS hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register