Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 10 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-019

Dollar CAD melonjak lebih 100 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3265 sebelum menutup sekitar paras 1.3255; setelah dolar kembali bermaya ekoran para pedagang yang masih berharap kenaikan kadar AS pada bulan ini selepas komen dari ahli jawatankuasa Federal Reserve.

Di Kanada pula, negara jiran AS itu dilaporkan berada dalam kemelesetan walaupun dengan margin yang paling nipis. Statistik Kanada melaporkan GDP suku kedua yang menunjukkan penurunan sebanyak 0.1%. GDP jatuh 0.2% pada suku pertama. Selain itu, GDP meningkat 0.5% pada bulan terakhir suku kedua.

Satu tinjauan terhadap 40 ahli ekonomi minggu lepas oleh Reuters, tidak menolak kemungkinan Bank of Canada akan menurunkan lagi kadar. Konsensus adalah bahawa terdapat 25% peluang untuk penurunan minggu ini, dan 40% untuk satu lagi penurunan “pada satu ketika.” di masa depan. Tetapi hasilnya kemungkinan besar, kata ahli ekonomi, adalah pembekuan kadar sehingga 2017. Itulah yang berlaku semalam apabila Bank of Canada mengekalkan kadar pada 0.5%

Kadar yang lebih rendah akan memudahkan Kanada untuk bersaing, membantu jualan runcit dan memastikan harga rumah yang tinggi. Lebih berguna, ia akan membantu pinjaman yang selamat untuk perniagaan yang sedang bergelut atau berkembang. Walau bagaimanapun, satu kesan sampingan daripada kadar yang lebih rendah adalah nilai loonie yang lebih rendah.  Ramai yang berkata, defisit perdagangan Kanda yang mengecil boleh dikreditkan kepada dolar Kanada yang rendah, maka loonie yang terus rendah adalah lebih baik.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register