728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 11 Dis 2015

Dollar CAD yang susut lebih 30 pips sepanjang sesi Asia Khamis semalam, kembali naik lebih 100 pips dan meneruskan pacuan sepanjang sesi Eropah dan Amerika, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3640 sebelum menutup sekitar paras C$1.3625; setelah pasaran komoditi terus lemah dengan minyak yang jatuh ke paras terendah 7 tahun yang baru.  Pada masa yang sama, permintaan untuk Dollar AS berbanding Dollar Kanada, terus meningkat menjelang mesyuarat kenaikan kadar AS pada minggu depan.

Di pasaran komoditi, harga minyak yang terus merudum sehingga mencapai paras terendah sekitar $36.40 setong – paras terendah dalam masa 7 tahun – terus menghantui Loonie.  Minyak yang merupakan antara eksport terbesar Kanada, banyak mempengaruhi nilai tukaran USD/CAD walaupun Kanada bukanlah anggota OPEC.  Dalam pada itu, keputusan OPEC untuk terus mengepam minyak tanpa had dilihat akan terus menekan harga minyak ke bawah; sekaligus menyebabkan nilai matawang negara pengeluar minyak utama dunia jatuh.

telegram-moshed

telegram-moshed

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan runcit yang dijangka meningkat dari 0.1% kepada 0.2% dan indeks harga pengeluar yang dijangka kembali kepada 0% dari kejatuhan 0.4% pada Oktober.  Sentimen pengguna AS juga dijangka naik lebih baik dari 91.3 mata kepada 92.3 mata.  Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Kanada hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register