banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 11 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-09

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar C$1.3820 ke setinggi C$1.4000, sebelum susut semula untuk menutup sekitar paras C$1.3925; setelah Dollar melonjak lebih tinggi berbanding matawang utama semalam, apabila Janet Yellen berkata keadaan ekonomi di Amerika Syarikat akan membolehkan Feds meneruskan pelarasan kepada dasar monetari secara “beransur-ansur”. Pada masa yang sama, harga minyak yang tidak menentu, terus memberati Loonie.

Di pasaran Amerika Syarikat, Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen, dalam keterangannya kepada kongres AS semalam, mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam ekonomi global, tetapi menunjukkan bahawa kadar masih boleh meningkat tahun ini, walaupun secara perlahan-lahan. Beliau menambah bahawa ada sebab-sebab yang baik untuk mempercayai yang AS akan terus berada di landasan pertumbuhan yang sederhana, yang akan membolehkan Fed untuk meneruskan pelarasan kepada dasar monetari secara beransur-ansur.

Beliau juga mempertahankan kenaikan kadar pada Disember lalu, mengatakan bahawa jika ia tidak dilaksanakan, peningkatan kadar yang lebih tajam mungkin terpaksa dilakukan pada masa akan datang, yang boleh menolak ekonomi AS kembali ke dalam kemelesetan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register