Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 11 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-016

Dollar CAD memacu naik lebih 80 pips dan mencapai 1.27 pada pagi sesi Asia hari ini, selepas harga emas dan minyak jatuh semula; sekaligus menyebabkan “loonie” menyusut nilai.  International Monetary Fund dalam satu laporan mengatakan bahawa, kejatuhan harga minyak kini telah mula memberi kesan kepada ekonomi Kanada, terutamanya perumahan.  Menurut laporan itu lagi, pelaburan dijangka semakin perlahan dan hutang rakyat Kanada semakin meningkat.

Ketika artikel ini ditulis, harga minyak mentah berada sekitar $48.86 setong diatas pivot bulanan – $48.35 setong.  Produksi minyak di Libya diberitakan telah  berkurangan dari 1.5 juta tong sehari kepada hanya 150 ribu tong sehari sahaja; ekoran konflik tentera di negara-negara teluk.  Walau bagaimanapun ini tidak banyak membantu menaikkan harga minyak, kerana pasaran yang sudah sememangnya terlebih penawaran dan kurangnya permintaan.

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran terutamanya dengan sentimen kenaikan “interest rate” AS pada June ini.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!