728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2016

Dollar CAD susut lebih 100 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2910, sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah harga minyak yang kembali melonjak memberikan sokongan belian untuk Loonie.  Namun komen-komen beberapa Presiden Feds cawangan tentang kenaikan kadar AS pada tahun ini, sedikit sebanyak membantu untuk mengapungkan Dollar.

Laporan statistik pekerjaan AS dan Kanada untuk bulan April mendedahkan pertumbuhan gaji yang perlahan dengan latar belakang inflasi yang semakin meningkat; sekaligus mungkin menunjukkan pasaran buruh yang ketat. Retorik rasmi AS menyokong tafsiran ini dan aliran data sentimen pengguna boleh meningkatkan keyakinan terhadap sentimen kenaikan kadar; sekaligus menghantar Dollar AS ke paras yang lebih tinggi.

Pada masa ini, pelabur menjangkakan hanya satu kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas untuk tahun ini, dengan harga di pasaran niaga hadapan menjangka kenaikan pada lewat suku keempat 2016. Dollar Kanada kehilangan momentum berbanding USD pada awal minggu ini, selepas pasaran terus menilai kesan daripada laporan pekerjaan Kanada dan Amerika Syarikat yang diterbitkan pada hari Jumaat.

telegram-moshed

Kanada hilang 2,100 pekerjaan manakala NFP Amerika Syarikat datang di bawah jangkaan pada 160,000 pekerjaan baru. kadar pengangguran kekal stabil dalam kedua-dua negara; 7.1% di Kanada dan 5.0% di Amerika Syarikat.  Dalam pada itu, kebakaran terus merebak berhampiran Fort McMurray, Alberta – pengeluar minyak syal Kanada; sekaligus memberikan sedikit sokongan kepada harga minyak.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register