Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 11 Nov 2015

Patrick Corrigan

Dollar CAD terus berada dalam dagangan ‘sideway’ untuk hari kedua Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 50 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3295 ke serendah 1.3245, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah pasaran masih berada dalam aktiviti pengambilan untung belian selepas kenaikan mendadak dalam Dollar AS disebabkan oleh laporan pekerjaan AS yang positif minggu lepas.

telegram-moshed

telegram-moshed

Di pasaran Kanada, pembinaan perumahan baru jatuh kepada 198,100 unit pada bulan Oktober – jatuh pada kadar paling pantas dalam tempoh lapan bulan – berbanding bacaan tiga tahun tertinggi 231,300 pada bulan sebelumnya.  Ahli ekonomi menjangkakan bacaan jatuh kepada 200 ribu unit.  Secara berasingan, Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), meramalkan pertumbuhan ekonomi Kanada perlahan kepada 1.2% pada tahun ini. Ia juga menganggarkan ekonomi Kanada berkembang sebanyak 2.0% pada 2016 dan 2.3% pada 2017.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register