728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 12 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007

Dollar CAD yang susut lebih 120 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.4065, kembali memacu naik lebih 175 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.4245 pada sesi New York, sebelum menutup sekitar paras C$1.4215; setelah pasaran dipenuhi akiviti pengambilan untung belian sebelum pasaran memberikan reaksi kepada laporan NFP AS yang memberansangkan Jumaat lalu.  Pada masa yang sama, harga minyak yang terus merudum memberati Loonie.

Loonie mencecah paras terendah dalam tempoh lebih daripada 12 tahun minggu lalu, tetapi seorang ahli ekonomi Kanada berkata CAD yang lemah, bukanlah semuanya berita buruk. Walaupun pengguna Kanada akan mendapati kenaikan harga di kedai-kedai runcit, pusat membeli belah dan apabila membeli-belah dalam talian; Craig Alexander, Naib Presiden CD Howe Institut, berkata Dollar Kanada yang lemah adalah berita baik untuk pengeksport dan akan membantu meredakan kesan daripada kejatuhan harga minyak.

Ekonomi Kanada belum pulih dengan baik dan meyakinkan, kerana seretan dari kelemahan sektor perlombongan serta minyak dan gas, walaupun Loonie yang murah akan menghidupkan semula eksport kepada ekonomi Amerika Syarikat yang semakin meningkat. Pada masa yang sama, Kanada menghadapi hutang pengguna yang tinggi, pertumbuhan gaji yang lemah dan potensi penurunan taraf kredit di Ontario dan Quebec. Kerisauan pasaran kini adalah kejatuhan loonie mungkin akan menjana inflasi, yang boleh menjadi yang tertinggi di kalangan negara-negara Barat pada tahun 2016.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register