728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 13 April 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 13 April 2016

Dollar CAD terus merudum untuk hari ketiga Selasa semalam, lebih 165 pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2750 sebelum menutup sekitar paras C$1.2758; setelah lonjakan dalam harga minyak serta jangkaan pengekalan kadar dari Bank of Canada pada malam ini, terus mengekalkan sokongan belian untuk Loonie.

Di pasaran global, indeks Brookings Institution-Financial Times yang terkini melaporkan bahawa ekonomi dunia dilanda pertumbuhan dan pemulihan yang “lemah, tidak sekata dan dalam bahaya untuk merudum sekali lagi.” Dalam penerbitan menjelang mesyuarat musim bunga daripada Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia minggu ini, indeks tersebut memberikan bacaan stabil, menonjolkan pelaburan modal yang lembap, penurunan dalam pengeluaran perindustrian dan keyakinan perniagaan.

telegram-moshed

Ekonomi dunia yang banyak bergantung kepada minyak mentah untuk menjana aktiviti perindustrian, sebahagiannya boleh diukur daripada permintaan dan harga komoditi tersebut.  Minyak yang merupakan antara eksport terbesar Kanada, memainkan peranan yang penting terhadap nilai matawang negara tersebut.  Kanada juga adalah pengeksport ketiga terbesar dunia dibelakang Russia dan Arab Saudi, walaupun ia bukanlah anggora OPEC.

telegram-moshed

Sentimen positif timbul daripada harapan bahawa mesyuarat kerjasama OPEC pada hujung minggu ini, akan mencapai perjanjian untuk membekukan pengeluaran minyak bagi menstabilkan harga minyak yang telah jatuh dari paras tertinggi lebih $100 setong pada pertengahan tahun 2014.  Harga mencapai paras terendah dalam masa 13 tahun pada awal Februari lalu, apabila Crude jatuh dibawah $20 setong.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register