Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 13 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-019

Dollar CAD merudum lebih 210 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.2428, sebelum mendapat sokongan belian pada petang sesi New York.  Permintaan yang meningkat terhadap “loonie” itu dilihat sebagai reaksi kepada pasaran komoditi, dimana harga minyak mentah mula menstabil, untuk ditutup pada atas $51 setong, di atas pivot bulanan sekitar – $48.35 setong.

Pasaran yang dalam mode “risk-off”, harga komoditi yang merudum dan tidak menentu, serta spekulasi pasaran bahawa Bank of Canada bakal menuunkan lagi “interest rate” pada bulan depan; menjadikan pegangan untuk matawang berasas komoditi seperti “loonie”, “aussie”, dan “kiwi” bertambah goyah.  Pasaran komoditi masih buntu samada minyak mentah telah mencapai harga terendah, ketika ia jatuh sekitar $44 setong baru-baru ini.

Para penganalisa melihat simpanan minyak AS yang berada pada paras tertinggi dalam tempoh 80 tahun, menunjukkan pasaran yang bakal jatuh lebih jauh, melainkan terdapat kejutan pasaran seperti peperangan.  Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari Kanada hari ini, Dollar dilihat bakal kembali menguasai pasaran terutamanya jika “consumer sentimen index” AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan 98.1

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!