728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 13 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-020

Dollar CAD terus merudum lebih 120 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.2105 sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 1.2015; selepas Dollar kehilangan permintaan terkesan dari laporan “JOLTS job opening” yang mengecewakan dan tekanan pasaran yang sedikit berkurang, selepas Greece berjaya membuat pembayaran hutangnya kepada IMF.

Ketika ini para spekulator dilihat bergegas untuk menutup kontrak jualan mereka terhadap “loonie” dan pelbagai mata wang lain. Ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap pergerakan yang berkaitan dengan Dollar AS. Menurut angka terkini dari Suruhanjaya Komoditi & Perdagangan Hadapan Amerika Syarikat (CFTC), spekulator mata wang mengurangkan separuh dari kedudukan jualan mereka terhadap loonie kepada hanya $835 juta. Mereka juga mengurangkan kontrak jualan Dollar Australia, British Pound dan Euro sebagai langkah ‘hedging’.

Di pasaran global, keputusan oleh Bank Rakyat China untuk mengurangkan “interest rate” kepada 5.10%, adalah penurunan yang ketiga dalam tempoh enam bulan sebagai usaha untuk merangsang ekonomi kuasa besar Asia itu yang semakin perlahan. Pertumbuhan ekonomi di China, sebagai negara pengguna minyak dan logam, cenderung untuk memberi manfaat kepada mata wang komoditi seperti “loonie”, “Aussie” dan “Kiwi“.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register