728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 13 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-005

Dollar CAD melonjak lebih 105 pips Isnin semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3010 sebelum menutup sekitar paras 1.2995; setelah Kanada menyambut cuti Hari Kesyukuran semalam.  Loonie tidak mendapat apa-apa sokongan dari pacuan yang berterusan dalam harga minyak dan emas, selepas kenaikan kukuh minggu lalu.

Pasaran juga telah menurunkan jangkaannya untuk Federal Reserve AS menaikkan kadar dalam 2015-16. Pasaran niaga hadapan Chicago Fed Funds meramalkan kebarangkalian 30% untuk kenaikan kadar Feds pada bulan Disember ini. Walau bagaimanapun, Feds AS sudah tentu tidak mahu menaikkan kadar di tengah-tengah pilihan raya presiden Amerika Syarikat, bagi menjaga kebebasan politik dari White House dan Kongres.

Di pasaran Kanada pula, Bank of Canada juga tidak akan membayangi kadar AS yang lebih tinggi; ekoran ekonominya yang berada dalam kemelesetan teknikal dan pertumbuhan GDP yang dijangka hanya sekitar 1% pada tahun 2015. Kenaikan kecil dalam eksport Kanada ke AS pada musim panas lalu, akan diimbangi oleh kejutan pertumbuhan di China , Brazil dan Asia Tenggara.  Kejatuhan pelaburan dalam sektor tenaga dan perlombongan, bermakna masalah kewangan bakal melanda Alberta, Manitoba, Saskatchewan dan British Columbia – negeri-negeri utama dalam Kanada.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register