banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 14 April 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 14 April 2016

Dollar CAD melonjak lebih 80 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.2827 sebelum menutup sekitar paras C$1.2817; setelah harga minyak yang bercampur-campur mengurangkan minat belian terhadap Loonie.  Laporan Bank of Canada yang mengekalkan kadar semasa dan meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonominya gagal menarik minat belian ke dalam pasaran Kanada.

Bank of Canada (BoC) mengekalkan kadar utama semalam pada 0.5% dan meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi sebanyak 1.7% pada 2016, meningkat daripada unjuran awal sebanyak 1.4%. Bagi tahun 2017 pula, ia menurunkan unjuran pertumbuhannya sedikit kepada 2.3% daripada 2.4%. BoC berkata langkah-langkah fiskal yang baru harus mempunyai “kesan positif yang ketara” ke atas ekonomi Kanada.

telegram-moshed

“Kelemahan harga komoditi akan terus melembapkan pertumbuhan ekonomi Kanada pasa tahun-tahun yang mendatang. Permintaan asing yang perlahan, semakan ke bawah untuk pelaburan perniagaan dan kenaikan nilai matawang Kanada baru-baru ini juga boleh menjejaskan prospek ekonomi negara,” tambah BoC lagi.

telegram-moshed

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data inflasi yang dijangka naik dari -0.2% kepada 0.2% dan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka bertambah dari 267 ribu kepada 270 pemohon; manakala Kanada pula bakal melaporkan indeks harga perumahan yang dijangka meningkat dari 0.1% kepada 0.2%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register