Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 14 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-005

Dollar CAD kembali memacu naik lebih 100 pips sepanjang sesi dagangan Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.2790 sebelum menutup sekitar paras 1.2740;¬†apabila harga minyak terus jatuh dan emas susut. Kemungkinan perjanjian dengan Iran akan terjadi, bakal membuka pasaran global kepada pengeluaran minyak yang lbih banyak; manakala Dollar AS dijangka melonjak menjelang testimoni Janet Yellen pada hari Rabu dan Khamis. Bank of Kanada juga bakal bermesyuarat minggu ini dengan kemungkinan penurunan “interest rate”.

Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen akan memberikan testimoni untuk setengah tahun kepada Kongres AS lewat minggu ini, yang akan ditonton dengan teliti bagi petunjuk bila “interest rate” mungkin mula meningkat. Jumaat lepas, Yellen berkata beliau menjangka Feds menaikkan “interest rate” pada satu ketika pada tahun ini. Presiden Feds Boston, Eric Rosengren, seorang pegawai Feds yang paling pessimis berkata, September boleh menjadi masa yang sesuai untuk menaikkan “interest rate”, jika ekonomi AS terus bertambah baik.

Di pasaran Kanada, selepas rentetan petunjuk ekonomi yang mengecewakan tegas mencadangkan ekonomi Kanada telah menguncup untuk dua suku berturut-turut. Pasaran kewangan dan pemerhati bank pusat kini sibuk dengan spekulasi sama ada Stephen Poloz, gabenor Bank of Canada bakal membuat keputusan untuk mengikuti kejutan penurunan “interest rate” pada Januari lalu, dengan satu lagi penurunan sebanyak 0.25% esok.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register