Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 15 Feb 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 15 Feb 2016

Dollar CAD jatuh lebih 150 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3810 sebelum mendapat bidaan semula untuk menutup lebih tinggi sekitar paras C$1.3855; setelah harga minyak pulih semula. Harga minyak melonjak apabila komen mengejutkan dari menteri tenaga United Arab Emirates, Suhail bin Mohammed al-Mazrouei berkata bahawa OPEC kini bersedia untuk bekerjasama pada tahap pengeluaran minyak mentah.

Dalam pada itu di pasaran Kanada, Perdana Menteri, Justin Trudeau berkata bahawa bajet Kanada tidak akan seimbang pada akhir tempoh perkhidmatan beliau, jika keadaan makro ekonomi semasa terus menjadi lebih teruk. Bajet bulan depan, yang pertama dalam kerajaan Liberal baru ini, adalah dinanti-nantikan untuk kemasukan rangsangan fiskal.

Jumlah bajet masih menjadi spekulasi dan Bank of Canada (BoC) juga masih menunggu bajet sebenar untuk menganalisis perubahan kepada dasar kewangan yang diperlukan, jika rangsangan fiskal gagal untuk menjana semula ekonomi. PM Trudeau menegaskan kesan negatif daripada harga minyak yang lebih rendah ke atas ekonomi Kanada.

“Harga minyak yang lemah telah menyebabkan penurunan dalam nilai CAD sepanjang tahun lalu,” menurut Encik Osborne, ketua strategi pertukaran asing BoC, dan rakannya Encik Theoret dalam satu laporan, yang merujuk kepada Loonie dan minyak mentah AS, West Texas Intermediate, atau WTI. “Korelasi di antara harga spot dan Crude telah ketat, tetapi mungkin menghampiri titik di mana pengaruhnya terhadap CAD kini melemah,” tambah mereka lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register