728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 15 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-002

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 55 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3280 ke serendah 1.3225; setelah tiada sebarang laporan dari Kanada mahupun Amerika Syarikat. Kerana jumlah dagangan yang kecil, ada kemungkinan reaksi yang tidak menentu kepada kenyataan dasar monetari Federal Reserve AS yang akan dikeluarkan pada Khamis, 17 September ini.

Di pasaran komoditi, harga minyak yang lebih rendah boleh menjejaskan Dolar Kanada pada minggu ini. Hari ini, Lembaga Perumahan Kanada bakal melaporkan data rumah dijual semula untuk bulan Ogos. Selain itu, esok Statistik Kanada bakal mengeluarkan data jualan pembuatan bagi Julai, dan CPI pada Khamis.  Kesemua laporan ini boleh memberi kesan kepada kadar tukaran USD/CAD, bergantung kepada perbandingan dengan angka anggaran.

Di pasaran Amerika Syarikat pula, hari ini pelabur akan mendapat peluang untuk bertindak balas ke angka jualan runcit terbaru AS. Jualan runcit teras dijangka mencatatkan bacaan 0.1%, turun daripada 0.4% pada sebelum ini. Jualan runcit secara keseluruhan pula dijangka pada 0.4%, juga turun dari bacaan sebelumnya 0.6%. Indeks Pembuatan “Empire State” boleh menjadi laporan yang paling tidak menentu pada malam ini. Ia dijangka pada -0.5 berbanding -14.9 pada sebelumnya.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register