banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 16 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-018

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 95 pips dari paras tertinggi harian sekitar C$1.3765 ke serendah C$1.3670, sebelum menutup sekitar paras C$1.3735; setelah data inflasi AS yang meyakinkan menyokong permintaan Dollar AS, manakala laporan jualan perkilangan yang mengecewakan dari Kanada terus menekan Loonie.  Pada masa yang sama, pasaran dilihat mula bersedia untuk menerima kenaikan kadar AS buat kali pertama sejak hampir 10 tahun.

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat semalam melaporkan bahawa, harga pengguna tidak berubah dari bulan sebelumnya, menepati jangkaan pasaran selepas kenaikan sebanyak 0.2% pada bulan Oktober.  Tahun ke tahun, harga pengguna adalah 0.5% lebih tinggi berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya, berbanding dengan jangkaan peningkatan 0.4% dan 0.2% pada bulan Oktober lalu. Inflasi teras, yang tidak termasuk kos makanan dan tenaga, meningkat sebanyak 0.2%, menepati jangkaan pasaran.

telegram-moshed

telegram-moshed

Secara berasingan, Federal Reserve Bank of New York berkata bahawa indeks keadaan perniagaan meningkat kepada -4.6 mata pada bulan ini, daripada bacaan -10.7 mata pada bulan November lalu. Penganalisis menjangkakan indeks jatuh kepada -6.0 pada bulan Disember. Di Kanada pula, data menunjukkan jualan pembuatan menurun 1.1% pada bulan Oktober, berbanding dengan jangkaan kejatuhan hanya sebanyak 0.5%, selepas penurunan 1.5% pada bulan sebelumnya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register