Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 16 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-003

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 45 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3270 ke serendah 1.3225; setelah para pelabur berdiam diri dari memasuki pasaran, menjelang mesyuarat FOMC Federal Reserve AS yang bakal menentukan kenaikan kadar buat pertama kalinya sejak krisis kewangan 2008.

Di Toronto, indeks S&P/TSX turun 108.13 mata kepada 13,353.34 dalam keadaan harga minyak dan logam asas yang lebih rendah, selepas laporan hujung minggu dari China yang menunjukkan pengeluaran kilang dan pelaburan yang telah berkembang pada kadar yang lebih perlahan daripada jangkaan.  Sementara itu di New York, indeks S&P500 ditarik kembali dalam menghadapi kadar yang tidak menentu menjelang mesyuarat FOMC.

Norman Raschkowan, rakan kongsi kanan di Sage Road Advisors berkata, pelabur berdiam diri kerana mereka menunggu keputusan dari Fed mengenai arah tuju “interest rate”.  “Tiada siapa yang mahu mengambil pandangan yang kuat menjelang keputusan Feds itu,” “Sudah tentu di Kanada, pasaran kita juga bergelut dengan harga minyak yang turun, dan anda lihat saham komoditi, khususnya yang berkaitan dengan minyak, agak lemah.” tambah beliau lagi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register