728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 17 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-013

Dollar CAD terus merudum lebih 170 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.2140 sebelum menutup dibawah pembukaan selepas “loonie” terus mendapat permintaan lantaran harga minyak mentah yang semakin stabil di pasaran dunia.  Harga minyak mentah yang telah meningkat selama 5 minggu berturut-turut menjadikan “loonie” lebih kukuh berbanding matawang lain termasuk Dollar.

Terdahulu daripada itu, kira-kira satu perempat daripada penganalisis yang dibanci oleh Bloomberg sebelum mesyuarat Bank of Canada Rabu lalu, telah menjangkakan penurunan “interest rate”, yang telah menyebabkan “loonie” hilang tarikan, kerana ia akan membuat Kanada kurang menarik bagi pelabur. Oleh itu, apabila bank pusat memutuskan untuk mengekalkan “interest rate”, ianya telah dilihat sebagai berita baik dari perspektif pasaran matawang.

telegram-moshed

Pada masa yang sama, di Amerika Syarikat, tidak perlu dikatakan lagi bahawa masa kenaikan “interest rate’ AS yang pertama adalah persoalan utama di minda pelabur. Retorik ucapan-ucapan dari ahli majlis FOMC Federal Reserve AS yang menunjuk kepada kemungkinan kenaikan pada pertengahan tahun, terutamanya dari Encik Lockhart yang biasanya pesimis, boleh memberi nafas baru ke dalam Dolar Amerika Syarikat dan melonjakkan mata wang itu kembali tinggi selepas jatuh sepanjang minggu.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register