728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 17 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-009Dollar CAD didagangkan dalam suasana “ranging” Selasa semalam dari setinggi 1.1671 ke serendah 1.1607 selepas data “manufacturing shipments” dari Kanada dan data “building permits” dari Amerika Syarikat, kedua-duanya, keluar meleset dari jangkaan.  “Manufacturing shipments” Kanada yang keluar pada -0.6%, meleset dari jangkaan -0.4%, dan jauh lebih buruk dari 2.2% pada sebelumnya.  Kejatuhan angka ini menunjukkan aktiviti perindustrian dan perkilangan Kanada yang menguncup.

Pada masa yang sama, “building permits” Amerika Syarikat yang keluar pada 1.03 juta, meleset dari jangkaan 1.06 juta, dan lebih buruk dari 1.08 juta pada sebelumnya.  Ini menunjukkan pembinaan bangunan baru di Amerika Syarikat, lantaran dari peningkatan aktiviti ekonomi, semakin berkurang.

Walau bagaimanapun menurut 68% pakar-pakar ekonomi yang dibanci Bloomberg, awal pagi Khamis ini Federal Reserve Amerika Syarikat dilihat bakal menggugurkan kenyataan “mengekalkan interest rate pada kadar yang rendah untuk beberapa waktu”.  Kenyataan dengan perkataan “sabar” dilihat bakal digunakan dalam proses untuk Amerika Syarikat keluar dari polisi kewangan yang paling liberal dalam tempoh 100 tahun itu.

telegram-moshed

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada sehingga Selasa minggu depan, dan harga minyak yang masih rendah dibawah $60 setong; Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran hari ini melainkan terdapat kejutan pasaran.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register