728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 17 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-017

Dollar CAD terus memacu naik lebih 120 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3845 sebelum susut semula dan menutup sekitar paras C$1.3780; setelah Federal Reserve AS memutuskan untuk menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 0.5%; sekaligus memenuhi jangkaan pasaran setelah mengekalkan kadar pada paras hampir sifar sebanyak 56 kali pada mesyuarat FOMC sepanjang hampir 10 tahun yang lalu.

Dalam membuat keputusannya itu, FOMC menilai bahawa ia telah melihat peningkatan besar dalam keadaan pasaran pekerjaan dan yakin bahawa kadar inflasi akan meningkat lebih 2% dalam beberapa tahun akan datang.  “Tindakan ini menandakan berakhirnya tempoh tujuh tahun yang luar biasa, di mana kadar dana persekutuan telah kekal pada hampir sifar untuk menyokong pemulihan ekonomi daripada krisis kewangan yang paling teruk dan kemelesetan sejak ‘Great Depression’,” kata Pengerusi Feds Janet Yellen dalam sidang akhbar di Washington awal pagi tadi.

Dalam pada itu, Jabatan Perdagangan AS semalam berkata bahawa perumahan baru melonjak 10.5% mencecah 1.173 juta unit pada bulan lepas daripada 1.062 juta unit pada bulan Oktober. Penganalisis menjangkakan kenaikan sebanyak 6.6% kepada 1.135 juta unit.  Sementara itu, bilangan permit bangunan dikeluarkan meningkat sebanyak 11.0% kepada 1.289 juta permit daripada 1.161 juta pada bulan Oktober; sekaligus dengan mudah mengatasi jangkaan pasaran untuk penurunan sebanyak 1.0% kepada 1.150 juta unit.

Malam nanti Amerika Syarikat bakal melaporkan Indeks Pembuatan Feds Philadelphia yang dijangka bertambah baik dari 1.9 mata kepada 2.1 mata dan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka berkurang dari 282 ribu pemohon kepada 271 ribu pemohon.  Tiada sebarang laporan beimpak tinggi dari Kanada hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register