728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 17 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-006

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘ranging’ Isnin semalam dengan pergerakan sekitar 80 pips pada paras tertinggi, sekitar 1.2818, dan terendah, sekitar 1.2734; sebelum menutup dibawah paras pembukaan, sekaligus mengakhiri carta harian dengan membentuk ‘bearish doji candle’ yang menunjukkan pasaran yang tidak menentu.  Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran USD|CAD berada diatas pivot mingguan – sekitar 1.2725 – dan dibawah pivot harian – sekitar 1.2775

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah turun lebih $1.80 setong, untuk mencapai paras terendah, sekitar $42.84 setong, sekaligus membatalkan uptrend di carta mingguan.  Downtrend di carta harian masih lagi utuh, dengan pembatalan pada sekitar $49.85 setong.  Dalam satu laporan OPEC Isnin semalam, badan minyak dunia itu menjangka permintaan untuk minyak mentah bakal mengurang kepada 29.19 juta tong sehari, berbanding 29.29 juta tong sehari dalam laporan sebelum ini.

telegram-moshed

Hari ini Kanada bakal melaporkan “manufacturing shipments” bulanan yang dijangka mengurang dari 1.7% kepada -1.2% dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “building permits” bulanan yang dijangka meningkat dari 1.05 juta kepada 1.06 juta.  Walau bagaimanapun, “housing starts” bulanan AS dijangka menurun dari 1.06 juta kepada 1.05 juta.  Keadaan ini dilihat memihak kepada Dollar, walaupun pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati sehingga mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register