banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 17 Mei 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 17 Mei 2016

Dollar CAD jatuh lebih 85 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2873 sebelum menutup sekitar paras C$1.2892; setelah Loonie mendapat permintaan terkesan dari harga minyak yang kembali memacu naik.  Pada masa yang sama, permintaan untuk Dollar yang masih kukuh ekoran spekulasi kenaikan kadar AS pada Jun ini, menahan kadar tukaran USD/CAD jatuh dengan lebih teruk.

Sebelum daripada ini, kebakaran hutan di wilayah pengeluar minyak Alberta, Kanada telah menyebabkan gangguan bekalan minyak dan menyokong harga emas hitam itu.  Kebakaran yang menghapuskan seluruh bandar perlombongan itu, termasuk lebih 2,500 buah rumah, telah menghentikan pengeluaran lebih 1 juta tong minyak sehari.  Dengan harga minyak yang kini menghampiri $50 setong, banyak pengeluar minyak syal dijangka akan kembali beroperasi dan menambah bekalan minyak dalam pasaran.

Kanada yang telah banyak melabur sepanjang 10 tahun lepas, bagi membangunkan industri minyak dan gasnya; adalah merupakan pengeluar minyak kelima terbesar dunia dibelakang China dan didepan Iraq dengan pengeluaran sekitar 4.4 juta tong minyak sehari.  Kanada juga adalah pengeksport minyak kelima terbesar dunia dibelakang UAE dan didepan Nigeria dengan jumlah eksport bernilai lebih $50 bilion setahun.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data inflasi bulan April yang dijangka meningkat dari 0.1% kepada 0.3% dan permit bangunan yang dijangka bertambah dari 1.09 juta kepada 1.13 juta unit.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Kanada hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register