banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 17 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010

Dollar CAD terus memacu naik untuk hari ketiga Isnin semalam, lebih 80 pips untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3370 sebelum menutup sekitar paras 1.3330; harga komoditi global jatuh dan Dollar bangkit, terkesan dari serangan pengganas di Paris.  Pada masa yang sama sentimen kenaikan kadar AS pada bulan depan terus membantu Dollar AS untuk terus mendapat permintaan.

Di pasaran Kanada, jualan perkilangan untuk Oktober terus jatuh dari -0.6% kepada -1.5%, berbanding jangkaan penganalisis untuk kenaikan sebanyak 0.3%.  Pada masa yang sama, pembelian aset asing turun dari C$5.78 bilion kepada C$3.35 bilion, berbanding penurunan hanya sebanyak C$4.12 bilion.  Angka yang menunjukkan aktiviti ekonomi yang terus berkurangan itu, disamping pelaburan yang semakin perlahan; menunjukkan ekonomi Kanada yang meleset dan berkemungkinan mendorong Bank of Canada untuk menurunkan kadar sekiranya keadaan bertambah buruk.

telegram-moshed

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data inflasi yang dijangka meningkat dari -0.2% kepada 0.2% dan inflasi teras yang dijangka stabil pada 0.2%.  Tiada sebarang data ekonomi dari Kanada hari ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register