728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 18 April 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 18 April 2016

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, naik turun dari paras terendah harian sekitar C$1.2795 ke setinggi C$1.2902, sebelum menutup sekitar paras C$1.2815; setelah harga minyak mentah merudum menjelang mesyuarat kerjasama OPEC Ahad semalam, dan pada masa yang sama, sentimen pengguna AS yang dilaporkan meleset dari jangkaan menyebabkan Dollar AS kehilangan sokongan belian.

Di pasaran AS, sentimen pengguna dilaporkan turun dari 91 mata kepada 89.7 mata, meleset dari jangkaan kenaikan sebanyak 91.9 mata.  Pengeluaran industri juga jatuh lebih rendah dari -0.5% kepada -0.6%, berbanding jangkaan pemulihan kepada -0.1%.  Presiden Feds Atlanta, Encik Dennis Lockhart mengatakan bahawa beliau tidak bercadang untuk menyokong kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC April, tetapi masih mencadangkan kenaikan sebanyak dua atau tiga kali pada tahun ini.

Di pasaran Kanada pula, rekod jualan sektor perkilangan pula dilaporkan jauh meleset dari jangkaan, dengan kejatuhan dari 2.3% kepada -3.3% berbanding jangkaan kejatuhan hanya sebanyak -1.4%.  Dengan harga minyak yang dijangka merudum dalam masa terdekat ekoran kegagalan perjanjian kerjasama menghadkan pengeluaran OPEC dan bukan OPEC, CAD dilihat tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk terus meningkat nilai.

telegram-moshed

Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Amerika Syarikat mahupun Kanada hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register