banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 18 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Dollar CAD memacu naik lebih 60 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3150 sebelum menyusut semula dan menutup sekitar paras 1.3080; setelah “loonie” terus jatuh kerana harga minyak yang merudum. Harga minyak jatuh kepada paras terendah berhampiran enam tahun pada hari Isnin apabila ekonomi Jepun dilaporkan menguncup dan pengeluar di Amerika Syarikat menambah pelantar penggerudian selama empat minggu berturut-turut walaupun kejatuhan harga baru-baru ini.

Dalam pada itu, di Kanada indeks harga perumahan baru memulakan hari, dengan harga dari tahun ke tahun meningkat 0.3%. Statistik Kanada berkata kenaikan itu sebahagian besarnya hasil daripada kenaikan di Ontario. Ini adalah kenaikan bulanan ketiga berturut-turut bagi indeks perumahan Kanada. Dolar Kanada adalah juga di bawah tekanan kerana dolar AS adalah lebih kukuh. Dolar mengukuh ekoran pemulihan dalam jualan runcit yang menyokong kes bagi “interest rate” AS yang lebih tinggi.

telegram-moshed

Seperti pengeksport Kanada, yang mendapat daya saing dari kejatuhan “loonie”, industri pelancongan juga pada akhirnya memenangi ketidakseimbangan kadar pertukaran. Dolar Kanada, yang menukarkan lebih daripada 90 sen AS pada sepanjang musim panas lalu, jatuh di bawah 85 sen pada bulan Januari dan telah berada di bawah 80 sen sejak awal Julai.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register