728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 18 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010Dollar CAD yang membuat terjunan hampir 100 mata dari paras tertinggi harian, sekitar 1.1671, selepas mesyuarat FOMC Federal Reserve Amerika Syarikat; menutup dagangan Rabu semalam pada sekitar 1.1627 dalam suasana tidak menentu.  Para pedagang dijangkakan mula mengambil untung sebelum Krismas minggu depan bagi menutup dagangan tahunan 2014.  Kadar tukaran USD|CAD telah meningkat lebih 1,000 mata dari paras terendah tahun ini sekitar 1.0625 pada Jun lalu, lantaran kejatuhan harga minyak mentah yang merupakan antara eksport terbesar Kanada.

Harga minyak yang masih dibawah $60 setong, menjadikan Bank of Canada kehilangan lebih $5 bilion keuntungan dari pengurangan cukai hasil minyak dan gas.  Ini sudah tentunya suatu berita buruk buat Kanada yang telah mengambil langkah-langkah besar untuk meningkatkan pengeluaran minyak dalam 10 tahun lalu, bagi menjadi antara pengeluar utama minyak dunia selain rantau timur tengah.  Minggu lalu, Bank of Canada menjangkakan harga minyak yang rendah ini, secara keseluruhannya bakal menurunkan lebih kurang 0.33% dari GDP Kanada tahun depan.  Bacaan terakhir GDP tahunan Kanada adalah pada 2.59%

Kanada yang tiada sebarang data ekonomi hari ini, bakal berdepan dengan “initial jobless claim” dari Amerika Syarikat yang dijangka lebih buruk dari sebelumnya – 295,000 berbanding 294,000 pemohon.  Para pedagang dilihat mula memberi tumpuan pada data berimpak tinggi “consumer price index” dan “retail sales” dari Kanada esok.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register