USDCAD Analisa Fundamental Harian 18 Feb 2016

0 0

Dollar CAD merudum lebih 225 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3665 sebelum menutup sekitar paras C$1.3670; setelah harga minyak melonjak naik memberikan sokongan belian untuk Loonie. Pada masa yang sama, laporan minit mesyuarat FOMC yang agak ‘dovish’ membuatkan Dollar AS kehilangan permintaan.

Dalam minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi, kesemua ahli majlis bersetuju bahawa lebih banyak data diperlukan sebelum menilai kesan kegawatan pasaran kewangan dan kelemahan ekonomi China ke atas ekonomi AS. Namun pada masa yang sama, FOMC masih teguh dalam rancangan untuk menaikkan kadar sepanjang tahun ini; walaupun terdapat beberapa ahli yang melihat ianya sebagai tindakan yang berisiko.

Di pasaran Kanada pula, pembelian aset tempatan oleh pelabur asing untuk bulan Disember 2015, dilaporkan berkurangan sebanyak $1.41 bilion berbanding kenaikan sebanyak $2.94 pada November. Pasaran menjangkakan pengurangan yang lebih teruk sebanyak $6.05 bilion.  Keadaan ini sedikit sebanyak membantu keyakinan pelabur untuk membeli Loonie.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa