banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 18 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-012

Dollar CAD berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 50 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3345 ke serendah 1.3295, sebelum menutup sekitar paras 1.3320, sedikit lebih rendah dari pembukaan, sekitar 1.3325; setelah pasaran dipenuhi dengan kegiatan mengambil untung dan menimbang semula pembelian Dollar apabila kadar tukaran USD/CAD menghampiri paras tertinggi tahun ini sekitar 1.3455.

Dollar AS mencatatkan prestasi bercampur-campur selepas laporan data pekerjaan yang kukuh bulan lalu, yang meningkatkan jangkaan bahawa Feds akan menaikkan kadar pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini.  Kontrak niaga hadapan dana Feds membayangkan kadar berkesan pada 20.5 mata asas pada bulan Disember depan. Pada akhir bulan Oktober lalu, ia berada pada 19.5 mata asas. Sebaliknya, kadar nota pinjaman 2 tahun susut 3 mata asas sejak minggu lalu, kepada 85 mata asas – masih 13 mata asas, di atas harga penutup bulan lepas.

telegram-moshed

Harga minyak yang terus merudum memberati Dollar Kanada sepenuhnya, manakala emas menyerahkan kenaikannya dan kini diniagakan lebih rendah berbanding sebelum serangan pengganas di Paris.  Bermula pada pertengahan bulan Disember, Dollar Kanada dijangka akan menghadapi tekanan menurun; lantaran pada 16 Disember, Federal Reserve akan membuat keputusan kadar AS yang seterusnya.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register