728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 19 April 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 19 April 2016

Dollar CAD yang membuka dengan ‘gap-up’ Isnin semalam, merudum lebih 200 pips sepanjang sesi dagangan Eropah untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2777, sebelum menutup sekitar paras C$1.2783; setelah kekalutan melanda pasaran komoditi utama, dengan minyak mentah menjadi mangsa kepada kegagalan rundingan OPEC di Doha, Qatar pada hujung minggu lalu.

CAD secara langsung dipengaruhi oleh harga minyak dan tanpa apa-apa penstabilan ia bakal terjejas teruk. Harga minyak yang terus-menerus merudum mendorong peningkatan kadar pengangguran di Kanada, menambah defisit kerajaan dan menghantar wilayah pengeksport minyak di Kanada ke dalam kemelesetan yang berpanjangan.

Walau bagaimanapun, Timbalan Ketua Ekonomi CIBC, Benjamin Tal mengatakan bahawa ekonomi Kanada akan menjadi lebih baik dengan harga minyak sekitar $30 setong, beliau menulis dalam analisis terbarunya. Mengapa? Kerana Loonie bergerak dengan harga minyak, dan apabila minyak naik, begitu juga dengan Dolar Kanada. Dan nilai matawang yang lebih tinggi boleh menghapuskan daya saing pengeksport Kanada yang telah dilihat sejak harga minyak mula jatuh.

telegram-moshed

Statistik Kanada melaporkan Jumaat lalu bahawa pembuatan Kanada merudum pada bulan Februari, ekoran Loonie yang mula kembali mendaki dari 69 sen AS.  Penurunan sektor pembuatan sebanyak 3.3% adalah dua kali lebih besar daripada yang dijangkakan pasaran, dan ianya adalah meluas.  Tiga suku daripada sektor pembuatan menguncup, termasuk sektor automotif yang sepatutnya mendapat manfaat, terutamanya dari Loonie yang lebih rendah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register