728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 19 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010

Dollar CAD susut lebih 115 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.4485 sebelum menutup sekitar paras C$1.4550; setelah pasaran kembali stabil dan pasaran Amerika Syarikat ditutup semalam, sempena cuti ‘Martin Luther King’. Pada masa yang sama para pelabur dilihat mula mengambil untung belian sebelum keputusan kadar dari Bank of Canada esok.

Di pasaran AS jumaat lalu, jualan runcit menurun sebanyak 0.1% walaupun Disember adalah bulan Krismas, dan juga walaupun pengguna dapat menjimatkan perbelanjaan petrol ekoran kejatuhan harga minyak dan kenaikan kukuh dalam sektor pekerjaan. Dollar Kanada susut untuk 11 hari berturut-turut Jumaat lalu, menandakan kejatuhan nilai yang paling lama sejak tahun 1971. Namun menurut beberapa ahli ekonomi, ini mungkin hanyalah permulaan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Kadar tukaran CAD kepada USD jatuh di bawah paras $0.68 semasa sesi dagangan akhir minggu lalu, dibelasah oleh kejatuhan harga minyak dan jangkaan penurunan kadar pada minggu ini oleh Bank of Kanada. Loonie juga didagangkan lebih rendah berbanding Euro, Pound dan Yen. Harga minyak pulih semalam dan kebimbangan pasaran mula reda, sesudah People Bank of China melangkah untuk menyokong pasaran China, sekaligus membantu Loonie kembali positif buat kali pertama dalam tempoh hampir 2 minggu.

Pengulas pasaran Douglas Porter telah meramalkan kadar pertukaran CAD kepada USD untuk berada di bawah paras $0.70 sejak lama lagi. Dalam satu nota penyelidikan yang diterbitkan baru-baru ini, Ketua Ekonomi di Bank of Montreal itu meramalkan Bank of Kanada akan mengurangkan kadar pada minggu ini dalam usaha untuk mengelakkan kemelesetan ekonomi. Langkah ini, jelas beliau, akan terus memberikan tekanan kepada Dollar Kanada.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register