banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 19 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-019

Dollar CAD terus memacu naik lebih 150 pips, dari paras terendah Isnin semalam sekitar 1.1200, sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.2160 dalam peningkatan 3 hari berturut-turut sejak Rabu minggu lepas. Dollar kembali mendapat permintaan semalam dalam pasaran Kanada yang bercuti sempena ‘Victoria Day’.

Apabila Bank of Canada menurunkan “interest rate” pada bulan Januari, katanya ia telah mengambil ‘insurans’ terhadap potensi impak harga minyak yang lebih rendah ke atas ekonomi Kanada. Spekulasi pasaran mengatakan, BoC mungkin bakal mengambil beberapa ‘insurans’ tambahan pada minggu-minggu akan datang, jika Dollar Kanada terus kukuh dan kadar hasil bon yang lebih tinggi berterusan.

telegram-moshed

Sekiranya “loonie” terus kukuh, ini boleh mematahkan usaha Bank of Canada untuk menggalakkan aktiviti ekonomi dengan menurunkan “interest rate” kepada 0.75% pada 21 Januari lalu. Namun kini Dollar Kanada telah pun kembali ke paras sebelum penurunan “interest rate”. Kadar tukaran USD|CAD telah memacu naik semula menjelang hujung minggu lalu, hampir 0.5%, untuk mencapai sekitar 1.2065 pada Jumaat.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register