728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 19 Mei 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 19 Mei 2016

Dollar CAD yang merudum untuk mencapai paras terendah harian sekitar C$1.2893 Rabu semalam, kembali memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar paras C$1.3033; setelah harga minyak yang menyokong Loonie merudum apabila Dollar mendapat lonjakan sokongan belian, terkesan dari minit mensyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Federal Reserve AS yang mengukuhkan sentimen kenaikan kadar pada Jun ini.

Dalam siaran minit mesyuarat FOMC yang terbaru pada awal pagi tadi, Federal Reserve AS menegaskan bahawa kenaikan kadar seawal Jun ini adalah pasti sekiranya laporan pertumbuhan inflasi, GDP dan sektor pekerjaan berada pada landasan yang ditetapkan.  Laporan inflasi bulanan terbaru yang menunjukkan peningkatan kepada 0.4%, mengukuhkan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik dalam laporan GDP pada 27 Mei ini.

Ketika menaikkan kadar buat pertama kali dalam hampir sedekad pada Disember tahun lepas, Feds telah mengunjurkan kenaikan kadar sebanyak empat kali untuk tahun 2016.  Kegawatan pasaran yang berlaku pada Februari lalu telah mendorong Feds mengurangkan jangkaan tersebut kepada hanya dua kali sahaja, walaupun pasaran melihat Feds tidak mungkin mampu menaikkan kadar pada tahun ini kerana kelembapan ekonomi global.

Namun, komen beberapa Presiden Feds cawangan baru-baru ini telah mengubah sentimen pasaran.  Presiden Feds cawangan Boston Eric Rosenberg, mengatakan pasaran memandang rendah kemampanan ekonomi AS dan beliau amat berharap untuk menaikkan kadar pada Jun depan.  Selepas kenyataan itu, laporan inflasi keluar memberansangkan dan pasaran mula memfaktorkan kemungkinan kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC Jun ini, apabila kebarangkalian FedWatch terus meningkat.

Malam ini Amerika Syarikat bakal melaporkan Indeks Pembuatan Feds cawangan Philadelphia yang dijangka bertambah baik dari -1.6 mata kepada 3.2 mata dan tuntutan pengangguran yang dijangka berkurang dari 294 ribu kepada 276 ribu pemohon.  Kanada pula bakal melaporkan data jualan borong bulan Mac yang dijangka bertambah baik dari -2.2% kepada 0.5%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register