Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 2 Dec 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-003

Dollar CAD yang jatuh lebih 50 pips sepanjang sesi Asia untuk ke paras terendah harian sekitar 1.3310, kembali memacu naik lebih 85 pips sepanjang sesi Eropah untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.3395, sebelum menutup sekitar paras 1.3355; setelah pasaran berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam. Dollar Kanada mengukuh berbanding pesaing-pesaing utamanya, apabila harga minyak bergolak menjelang mesyuarat OPEC yang akan membincangkan tahap pengeluaran minyak.  Namun, data GDP Kanada yang mengecewakan, mengekang permintaan untuk Dollar Kanada.

Di pasaran Kanada, Statistik Kanada melaporkan semalam bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) jatuh 0.5% pada bulan September, berbanding jangkaan peningkatan 0.1% dan selepas peningkatan sebanyak 0.1% pada bulan sebelumnya.  Tahun-ke-tahun, ekonomi Kanada berkembang pada kadar tahunan 2.3% pada suku ketiga, mengecewakan jangkaan untuk kadar pertumbuhan sebanyak 2.4%, selepas penguncupan sebanyak 0.3% pada suku kedua.

telegram-moshed

telegram-moshed

Sementara itu, spekulasi bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini, terus memberi sokongan yang luas untuk Dollar AS.  Para pelabur dilihat mengintai rentetan laporan ekonomi AS minggu ini untuk petunjuk yang lebih mendalam kepada kekuatan ekonomi AS, lantaran kenyataan Feds bahawa sebarang keputusan mengenai kadar akan bergantung kepada data.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register