banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 2 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-002

Dollar CAD yang naik lebih 95 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.4060, kembali merudum sepanjang sesi New York untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3910, sebelum menutup sekitar paras C$1.3945; setelah data ISM PMI pembuatan AS dilapor mengecewakan semalam. Sebelum daripada itu, matawang komoditi seperti Australia, New Zealand dan Dollar Kanada; lemah berbanding matawang utama dalam sesi Asia semalam, selepas data menunjukkan sektor perkilangan di China terus menguncup pada bulan Januari.

Data dari Biro Perangkaan Negara China semalam menunjukkan bahawa sektor pembuatan di China terus menguncup pada bulan Januari, dan pada kadar yang lebih cepat, dengan skor PMI 49.4 mata. Angka tersebut meleset dari ramalan 49.6 mata, dan turun dari 49.7 mata pada bulan Disember. Kerajaan China juga berkata, PMI sektor bukan perkilangan dilaporkan pada 53.5 mata pada bulan Januari, turun daripada 54.4 mata pada bulan sebelumnya; tetapi masih selamat di dalam wilayah pengembangan.

telegram-moshed

China yang merupakan antara rakan dagang terbesar bagi Kanada, banyak mengimport bahan mentah asas dan mineral untuk perkembangan industri dan ekonominya.  Selain Australia, yang juga merupakan antara rakan dagang terbesar China untuk bahan mentah asas dan mineral, Kanada merupakan antara pembekal minyak utama dunia yang tidak menganggotai OPEC.  Kejatuhan harga minyak telah hampir melumpuhkan ekonomi Kanada, apabila Bank of Canada terpaksa menurunkan kadar sebanyak dua kali pada tahun lepas.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register