728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 2 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-013

Dollar CAD terus memacu naik lebih 120 pips Isnin semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.2435 sebelum menutup sekitar paras 1.2520; setelah Dollar kembali beraksi apabila data “ISM manufacturing PMI” AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 52.8 berbanding 51.9, dan 51.5 pada sebelumnya. Mata wang Amerika itu terus memacu naik, tatkala harga minyak diniagakan dalam kejatuhan.

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah berada dalam dagangan ‘ranging’ dengan pergerakan sekitar $1.20 setong, dari paras tertinggi harian sekitar $60.59 ke serendah $59.31 sebelum menutup sekitar paras $60.18 setong.  Pasaran berada dalam dagangan berhati-hati sebagai menyambut seminar antarabangsa OPEC di Vienna selama 3 hari bermula esok.

telegram-moshed

Harapan yang menuju ke seminar antarabangsa tersebut adalah rendah, menurut penganalisis di Morgan Stanley. Beberapa negara-negara anggota telah mengatakan dalam beberapa minggu kebelakangan ini bahawa kuota 30 juta tong sehari tidak sepatutnya berubah. “Apapun, ada beberapa risiko bahawa kuota akan dinaikkan lebih tinggi kerana OPEC telah pun menghasilkan 31+ juta tong sehari,” tambah Morgan Stanley lagi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register