728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 2 Mei 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 2 Mei 2016

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, turun naik dari paras terendah harian sekitar C$1.2498 ke setinggi harian sekitar C$1.2587, sebelum menutup sekitar paras C$1.2545; setelah laporan ekonomi AS yang terus menerus lemah menyebabkan Dollar kehilangan sokongan belian dan pada masa yang sama, harga minyak mentah yang kembali terumbang-ambing menyebabkan Loonie juga kehilangan sokongan belian.

Di pasaran Amerika Syarikat, sehari selepas laporan pertumbuhan ekonomi AS keluar mengecewakan; laporan pengguna pula semakin lemah.  Ekonomi AS yang dilaporkan jatuh dari 1.4% kepada 0.5%, telah mengecewakan pasaran yang hanya menjangka kejatuhan kepada 0.7%. Jumaat lalu, sentimen pengguna AS pula turun dari 89.7 mata kepada 89 mata berbanding jangkaan kenaikan kepada 90.3 mata. Perbelanjaan bulanan juga dilaporkan merosot kepada 0.1% berbanding jangkaan stabil pada 0.2%. Spekulasi kenaikan kadar AS pada Jun ini, kini telah hilang kepercayaan dari pelabur.

Di pasaran Kanada pula, pertumbuhan ekonomi negara tersebut dilapor seperti jangkaan, turun kepada 0.1% dibawah sifar, berbanding petumbuhan sebanyak 0.6% pada bulan Januari.  Namun begitu, harga barangan mentah dilaporkan naik melebihi jangkaan, 4.5% berbanding 3.9%, dan lebih baik dari 0.7% pada bulan sebelumnya.  Bloomberg melaporkan bahawa kejatuhan nilai Dollar AS sejak beberapa bulan kebelakangan ini telah meningkatkan harga barangan mentah dan komoditi utama.

telegram-moshed

Malam ini AS bakal melaporkan PMI pembuatan yang dijangka susut dari 51.8 mata kepada 51.6 mata dan laporan NFP Jumaat ini juga dijangka akan menawarkan hala tuju Dollar AS selanjutnya.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Kanada hari ini, sehingga Rabu dimana Gabenor Bank of Canada, Stephen Poloz bakal berucap dan angka imbangan perdagangan Kanada bakal dilaporkan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register