Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 2 Nov 2015

trade-forex-malaysia-canada-usd

Dollar CAD jatuh untuk hari ketiga, lebih 135 pips Jumaat lalu untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.3055 sebelum menutup sekitar paras 1.3065; setelah Loonie mendapat permintaan terkesan dari laporan GDP yang memenuhi jangkaan pada 0.1%.  Pada masa yang sama, Dollar AS melemah selepas laporan GDP dan sentimen keyakinan pengguna AS yang mengecewakan.

Ekonomi Kanada meningkat pada bulan Ogos untuk tiga bulan berturut-turut, selepas menguncup dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini; dengan sektor minyak dan gas terus pulih dan pembuatan juga memberikan sumbangan, menurut Statistik Kanada.  Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) menunjukkan peningkatan yang disesuaikan dengan inflasi sebanyak 0.1%, seperti dalam ramalan penganalisis Reuters, selepas peningkatan lebih besar sebanyak 0.4% dan 0.3% masing masing, pada bulan Jun dan Julai lalu.

Kejatuhan ekonomi Kanada pada awal tahun ini, telah didorong terutamanya oleh sektor tenaga, yang terjejas teruk oleh kejatuhan harga minyak – pertama dalam penerokaan dan kemudian dalam pengeluaran. Jumlah pengeluaran minyak dan gas meningkat hanya 0.3% pada Ogos lalu, selepas kenaikan sebanyak 2.6% dan 3.9% pada Jun dan Julai. Ianya 6.5% lebih tinggi daripada tahun sebelumnya, tetapi masih di bawah paras Februari lalu.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register