728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 2 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-018

Dollar CAD terus jatuh untuk hari kedua, lebih 110 pips Khamis semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.3220 sebelum menutup sekitar paras 1.3265; setelah terdapat sedikit berita ekonomi untuk menyokong ‘loonie’, dan indeks PMI China pada awal pagi semalam membantu mata wang komoditi untuk berdagang di paras yang lebih tinggi. Emas kekal turun tetapi lonjakan harga minyak membantu CAD.

Walaupun dengan dolar Kanada yang merudum kepada paras 11 tahun terendah, kos kontrak opsyen untuk melindungi kejatuhan nilai, telah meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh dua bulan yang lalu.  Menjelang pilihan raya Kanada pada 19 Oktober ini, Perdana Menteri Stephen Harper telah gagal untuk mendapatkan sokongan daripada pihak-pihak yang diperlukan untuk membentuk sebuah kerajaan. Keadaan ini memberati ‘loonie’ yang memang sudah sedia lemah ekoran dari kejatuhan lebih 50% dari harga minyak mentah pada tahun lepas.

telegram-moshed

telegram-moshed

Walau bagaimanapun, CAD mengukuh selepas ekonomi Kanada dilaporkan meningkat bagi bulan kedua berturut-turut apabila GDP bulanan Kanada meningkat 0.3% pada bulan Julai, dipacu oleh pertumbuhan dalam pengeluaran tenaga, pembuatan dan sektor perkhidmatan.  Angka itu telah menyebabkan pasaran menjangkakan bahawa negara jiran AS itu akan menaikkan ramalan GDP dari BoC sebanyak 1.5% pada suku ketiga.

Malam ini AS bakal melaporkan data pekerjaan – NFP yang dijangkakan meningkat dari 173 ribu kepada 201 ribu, kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 5.1% dan kadar upah yang dijangka menurun dari 0.3% kepada 0.2%.  Tiada sebarang laporan ekonomi dari Kanada hari ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register