Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 20 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-014

Dollar CAD melonjak lebih 180 pips Jumaat lalu, selepas merudum lebih 500 pips sejak Isnin; apabila data CPI teras Amerika Syarikat menunjukkan sedikit peningkatan dan memberi harapan untuk pembeli-pembeli dollar.  Kadar tukaran USD|CAD ditutup lebih tinggi dari pembukaan, sekitar 1.2240, lebih tinggi dari pivot hari ini, sekitar 1.2200

US Dollar telah melonjak lebih 30% sejak Mei hingga mencecah paras tertinggi dalam masa 12 tahun pada Mac lalu, dan cuba menggapai paras yang sama minggu lepas apabila para pelabur terus berspekulasi bahawa “interest rate” AS akan dinaikkan seawal Jun ini; namun data-data ekonomi AS yang terus-menerus dilapor mengecewakan, menjadikan spekulasi itu pudar.

telegram-moshed

“Loonie” pula terus mendapat permintaan apabila Bank of Canada mengekalkan “interest rate” minggu lepas dan harga minyak mentah yang mula stabil, selepas satu laporan dari OPEC yang menjangkakan produksi minyak shale di Amerika Syarikat bakal berakhir hujung tahun ini.  Pandangan Gabenor Bank of Canada, Stephen Poloz yang juga lebih optimis tentang masa depan ekonomi Kanada, menyebabkan “loonie” terus mendapat permintaan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register