banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 20 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-013

Dollar CAD hanya membuat pergerakan sekitar 50 mata Isnin semalam, dengan kegiatan mengambil untung dilihat mendominasi pasaran. Paras tertinggi sekitar 1.1985 yang kemudiannya menutup sekitar 1.1938 pada lewat petang New York, sekaligus membentuk “bearish engulfing candle” di carta harian.  Walau bagaimanapun, trend harian masih lagi “bullish” melainkan tanda aras indikator “stop and reverse” sekitar 1.1840 di bolosi.

Harga minyak mentah yang telah merudum lebih 40% sejak Jun 2014, hanya menyebabkan “loonie” menyusut nilai sekitar 5% berbanding Dollar.  Ini sekaligus menunjukkan Kanada juga terkesan dari perkembangan ekonomi AS yang mampan, dan menjadikannya matawang berasaskan komoditi yang kukuh berbanding “Aussie” atau “Kiwi“.  Morgan Stanley dalam satu kenyataan kepada pelanggannya, telah mula menjual “Kiwi” dan membeli “Loonie”.

telegram-moshed

Dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka terus dalam dagangan tipis dan “ranging” sehingga esok, apabila Kanada mengumumkan “interest rate” dan juga laporan polisi kewangannya.  Sebarang kejatuhan nilai tukaran USD|CAD, dilihat sebagai satu peluang untuk terus membeli.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register