Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 20 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-012

Dollar CAD yang turun lebih 125 pips Selasa semalam untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.4430, kembali memacu naik lebih 150 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.4590, sebelum menutup sekitar paras C$1.4570; setelah pasaran mula bersedia menjelang mesyuarat kadar Bank of Canada hari ini. Sedikit kestabilan dalam pasaran minyak dan harapan rangsangan dari China telah menyokong pasaran komoditi dan matawang semalam.

Ekonomi China telah berkembang sebanyak 6.8% pada suku keempat 2015, menurut data yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa China semalam, sedikit rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 6.9%. Pada masa yang sama, penganalisis menjangkakan pengembangan 6.0% dalam pengeluaran perindustrian dan ianya sedikit meleset dari angka sebenar sebanyak 5.9% dan pelaburan tetap juga meleset pada 10% berbanding jangkaan sebanyak 10.2%.

telegram-moshed

Walaubagaimanapun, tindakan China yang menetapkan kadar Yuan dan Dollar pada paras yang lebih tinggi pagi ini, pada sekitar CNY6.5580 berbanding CNY6.5590 pada Selasa semalam, telah memberikan sokongan kepada matawang berasaskan komoditi seperti Aussie dan Loonie. Hari ini Bank of Canada dijangka mengurangkan kadar daripada 0.5% kepada 0.25% dan sekiranya ini tidak dipenuhi, ianya boleh menyebabkan permintaan baru untuk Loonie.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register