728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 20 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-001

Dollar CAD memacu naik semula, lebih 230 pips, ke paras sebelum mesyuarat FOMC, sekitar 1.2750, sepanjang sesi Asia dan Eropah, Khamis semalam.  Sehari sebelum itu kadar tukaran USD|CAD jatuh mendadak, apabila Dollar hilang tarikan untuk dipegang, ekoran ekonomi Amerika Syarikat yang dijangka mula perlahan, dan kadar kenaikan “interest rate” dikemaskini kepada lebih rendah.

Pasaran Amerika Syarikat dikejutkan, apabila Federal Reserve memberi jangkaan perkembangan ekonomi yang lebih rendah berbanding sebelumnya dengan GDP yang dikemas kini kepada 2.1% berbanding 2.6% untuk December tahun ini.  Diberitakan juga Federal Reserve bakal membeli bon ‘treasury’ AS berjumlah $300 bilion dalam masa 6 bulan akan datang, sekaligus menyebabkan para pelabur mula hilang minat terhadap Dollar.

Di pasaran komoditi, minyak mentah telah pun menutup ‘gap up’ yang dibuat semalam, ketika artikel ini ditulis.  Pivot mingguan -> $46.85 bakal menjadi resistance penting minggu ini, bagi mengekalkan ‘bearish outlook’.  Carta harian masih lagi dalam fasa downtrend dengan pembatalan pada sekitar $46.80 setong.

CPI dari Bank of Kanada hari ini, dijangka dilaporkan pada 2.1% berbanding 2.2% pada sebelum ini dan “retail sales” dijangka bertambah pulih dari -2% kepada -0.7%  Dengan ketiadaan laporan ekonomi dari Amerika Syarikat, “loonie” dilihat berpotensi menguasai pasaran, terutamanya jika laporan ekonomi hari ini dilaporkan lebih baik dari jangkaan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register