728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2016

Dollar CAD melonjak lebih 140 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3153 sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras C$1.3092; setelah permintaan untuk Dollar yang bertambah menguasai kenaikan harga minyak yang banyak mempengaruhi nilai Loonie.  Harga minyak yang terus memacu naik, nampaknya gagal mengekang kenaikan nilai Dollar AS berbanding Dollar Kanada.

Dollar AS mendapat lonjakan permintaan apabila minit mesyuarat FOMC yang terbaru mendedahkan bahawa Feds amat optimistik dalam pertumbuhan ekonomi, inflasi dan sektor pekerjaan yang mewajarkan kenaikan kadar seawal Jun depan.  Sebelum daripada itu, dalam kenyataan selepas mesyuarat FOMC, Pengerusi Feds Puan Janet Yellen lebih bersifat pesimis dan ‘dovish’ yang menyebabkan pasaran menjual Dollar. Namun dalam minit yang disiarkan baru-baru ini, ia adalah sebaliknya.

Malam ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data jualan rumah sedia ada yang dijangka bertambah dari 5.33 juta kepada 5.4 juta unit.  Kanada pula bakal melaporkan inflasi yang dijangka turun dari 0.6% kepada 0.4% dan jualan runcit yang dijangka merudum dari 0.4% kepada -0.7%.  Turun naik pasaran adalah dijangka.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register