banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 20 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010

Dollar CAD terus memacu naik untuk hari kedua, lebih 125 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3030 sebelum menutup sekitar paras 1.3015; setelah para pedagang mula memerhatikan pilihan raya di Kanada dengan penuh minat.  Keputusan pilihan raya akan memberi kesan yang ketara ke atas mata wang, apabila para pedagang menilai keputusannya keatas ekonomi Kanada.

Negara jiran Amerika Syarikat itu, telah menghadapi penurunan yang ketara dalam prestasi sektor tenaga tahun ini.  Laporan dari satu agensi penarafan kredit utama, mencadangkan iklim ekonomi yang hanya semakin teruk bagi syarikat-syarikat tenaga Kanada, selama mana harga minyak dan gas memegang di bawah $50 setong. Menurut nota strategi Forex terbaru dari Unit Pasaran Kewangan NBC, terdapat satu senarai sebab untuk terus berhati-hati terhadap prospek dolar Kanada pada masa depan:

telegram-moshed

– Kejutan pasaran minyak mentah yang berterusan
– Bank of Canada yang pesimis terhadap prospek ekonomi
– Prospek kerajaan minoriti dibentuk dalam pilihan raya persekutuan

telegram-moshed

“Masih terdapat ketidaktentuan yang besar, berkaitan dengan kesan kejutan harga minyak, bukan sahaja pada masa kini tetapi juga mengenai tinjauan masa depan, contoh: melalui kejatuhan yang diperhatikan pada perbelanjaan pelaburan, ” menurut Stefan Marion di NBC.  Memburukkan lagi keadaan ialah risiko kepada sektor tenaga memandangkan kekuatan dolar AS yang berterusan, perjanjian nuklear Iran, dan ekonomi global yang lemah; di mana kesemuanya adalah negatif bagi harga minyak.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register