Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 21 April 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 21 April 2016

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar C$1.2730 ke serendah C$1.2592, sebelum menutup sekitar paras C$1.2653; setelah lonjakan harga minyak yang membantu sokongan belian untuk Loonie dikekang oleh permintaan untuk Dollar kesan dari data perumahan AS yang lebih baik.  Pasaran kini hangat dengan spekulasi kenaikan kadar AS pada June ini, yang boleh menjadi pemacu Dollar seterusnya.

Di pasaran AS semalam, jualan rumah dilaporkan meningkat sebanyak 5.33 juta berbanding 5.07 juta pada sebelumnya, dan jauh lebih baik dari jangkaan sebanyak 5.29 juta; sekaligus mendorong pelabur menyokong Dollar, terutamanya dengan spekulasi kenaikan kadar pada Jun ini.  Inventori minyak AS pula dilaporkan bertambah hanya 2.1 juta tong berbanding 6.6 juta tong pada minggu lepas.  Angka tersebut sedikit lebih baik dari jangkaan sebanyak 2.2 juta tong.

Di pasaran Kanada pula, jualan borong dilaporkan merudum daripada kenaikan 0.2% kepada kejatuhan 2.2% di bawah sifar, walaupun pasaran hanya menjangkakan kejatuhan sebanyak 0.4% di bawah sifar sahaja.  Malam ini AS bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka bertambah dari 253 ribu kepada 265 ribu pemohon.  Indeks pembuatan Feds Philadelphia juga dijangka berkurang dari 12.4 mata kepada 8.1 mata.  Tiada sebarang laporan ekonomi dari Kanada hari ini.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!